CYBERSECURITY (BAGAIMANA HAK BANTUAN ANDA BOLEH DICURI)
11 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniPada 11 Jun 2026 yang lalu, pihak sso telah mengadakan webinar atau kelas cybersecurity iaitu Bagaimana Hak Bantuan Anda Boleh Dicuri. Dalam era digital masa kini, hak bantuan individu seperti bantuan kewangan kerajaan boleh dicuri melalui pelbagai kaedah jenayah siber. Penjenayah sering menggunakan taktik seperti panggilan telefon palsu, mesej penipuan (phising), laman web palsu dan pencurian maklumat peribadi untuk mendapatkan data penting seperti nombor kad pengenalan, kata laluan dan maklumat perbankan. Apabila maklumat ini berjaya diperoleh, mereka boleh membuat permohonan bantuan menggunakan identiiti mangsa atau mengalihkan pembayaran bantuan ke akuan mereka sendiri. Oleh itu, orang ramai perlu sentiasa berwaspada, tidak berkongsimaklumat peribadi dengan pihak yang tidak dikenali, serta memastikan semua urusan berkaitan bantuan dilakukan melalui saluran rasmi bagi mengelakkan menjadi mangsa jenayah siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: